Friday, December 4, 2009

KENALI AUTISME...

Apa yang dikatakan dengan Autisme?


Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal "pervasive developmental disorder" fungsi otak. Ia adalah kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris "psychiatric disorder" mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria.


Autisme juga merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Masalah ini terlalu sukar dihadapi bukan sahaja kanak-kanak itu malah termasuk juga keluarga kanak-kanak itu sendiri malahan masyarakat pun turut terkena tempiasnya. Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan ("Autism Society of America": http://www.autism society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dalam kalangan lelaki berkulit putih "Caucasian males". Kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan.

SELAMAT DATANG...

Salam buat semua tetamu...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari blog yang direka khas bagi mereka yang ingin mengenali dan mendalami apa sebenarnya yang dikatakan dengan autisme.
Bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak yang menghidap sindrom ini, blog ini diharapkan dapat membantu bagi mengenali dan menguruskan anak-anak tersebut. Bagi guru-guru Pendidikan Khas diharapkan blog ini membantu anda semua dalam merapatkan lagi jiwa anda pada kanak-kanak ini dan bagi bakal-bakal guru Pendidikan Khas, blog ini direka khas buta kalian sebagai satu inisiatif daripada pereka blog...

Selamat melayari....

SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA...

Islamic Clock